Thursday, July 21, 2011

RPH Minggu Ke - 29

Rancangan Pelajaran Harian ~ 18 - 22 Julai 2011



Tarikh 18 - 20 Julai 2011 (Isnin-Rabu)
Minggu 29
Catatan Mesyuarat Penyelarasan Skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kajian Rekaan Seni Visual 2611/3 PSV Peringkat Negeri Sarawak SPM 2011
  • Tempat : UPP, PPD Matang, Kuching
  • Tarikh : 18 - 20 Julai 2011
  • Jawatan : Ketua Pentaksir Negeri

Tarikh 21 Julai 2011 (Khamis)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K3 & 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Pengiklanan
  • Perkara-perkara penting dalam gubahan pengiklanan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid diharapkan dapat:
  1. Menyenarai dan menerangkan perkara-perkara penting dalam gubahan pengiklanan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil pengiklanan dalam bentuk majalah, risalah. dan poster.
  2. Murid diminta untuk menerangkan elemen-elemen yang ada pada gubahan.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota isi pelajaran.
  5. Rumusan pelajaran dengan sesi soal jawab isi pelajaran.
Keperluan Alat: Pen
Bahan: Contoh pengiklanan
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Hormat-menghormati serta penghargaan.
Refleksi Murid berupaya menyatakan dan mencatat ke semua perkara penting dalam penghasilan iklan dengan baik.

Tarikh 21 Julai 2011 (Khamis)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K2
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Ilustrasi Hiasan Topi Keledar
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan ilustrasi bermotifkan fauna pada permukaan topi keledar dengan menggunakan teknik catan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan ilustrasi.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil ilustrasi pada topi keledar dalam bentuk gambar.
  2. Guru membuat demonstrasi mewarna ilustrasi pada topi keledar dengan menggunakan teknik catan.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan aktiviti amali mewarna berdasarkan cadangan awal.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya ilustrasi murid serta komen secara keseluruhan.
Keperluan Alat: Berus, palet
Bahan: Contoh gambar ilustrasi
Media: Akrilik
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kreativiti dan keyakinan.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan ilustrasi mengikut kehendak tugasan dengan baik.

Tarikh 22 Julai 2011 (Jumaat)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Reka Corak.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah reka corak bermotifkan flora dan fauna pada cawan dan piring dengan menggunakan teknik catan dengan kemas baik dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan produk.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil produk.
  2. Guru membuat demonstrasi mewarna.
  3. Murid diminta untuk menghailkan produk dengan menggunakan teknik catan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.dengan persembahan hasil produk.
Keperluan Bahan: Contoh produk.
Media: Catan - Akrilik
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran.Majoriti murid berupaya menghasilkan produk dengan baik.

1 comment:

  1. Cikgu,

    Satu RPH yang kemas dan lengkap.
    Teruskan usaha anda.

    Have a nice day!

    ReplyDelete