Saturday, July 9, 2011

Rancangan Pelajaran Harian ~ 4 - 8 Julai 2011



Tarikh 4 Julai 2011 (Isnin)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K3 & 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Pembetulan ujian bulanan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan kehendak soalan objektif serta berupaya memberi jawapan yang betul.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan soalan peperiksaan.
Prosedur
  1. Guru memberi komen terhadap keputusan ujian topikal.
  2. Murid diminta untuk membaca soalan dan menyatakan kehendak soalan dan jawapan.
  3. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  4. Murid diminta untuk mencatat maklumat persediaan alat bahan untuk aktiviti pelajaran seterusnya.
  5. Rumusan pelajaran dengan memberi soalan seni halus dan murid diminta untuk membuat lakaran dirumah.
Keperluan Alat: Alat tulis.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Bertanggungjawab dan kerjasama
Refleksi Keputusan murid adalah sederhana. Murid menunjukkan kesungguhan dan yakin setelah perbincangan pembetulan dibuat.

Tarikh 5 Julai 2011 (Selasa)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K2 & 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual.
Unit Pemlajaran
  • Kajian Rekaan Seni Visual
    • Lukisan proses dan teknik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan lukisan yang menunjukkan proses dan teknik penghasilan artifak dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan folio.Alat: Melukis
Bahan: Folio krsv.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan proses dan teknik penghasilan artifak.
  2. Murid diminta untuk menghasilkan aktiviti amali melukis berdasarkan contoh yang diberi.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya lukisan murid serta komen secara keseluruhan.
Keperluan Alat: Pen dan pensel
Bahan: Folio Kerja kursus.
Media: Lukisan.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan Kebersihan.
Refleksi Majoriti murid berupaya menghasilkan lukisan proses dan teknik berdasarkan contoh gambar dengan baik.

Tarikh 6 Julai 2011 (Rabu)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K3 & 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Lukisan Alam Fantasi
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lakaran yang menggambarkan suasana alam fantasi berhal-bendakan sebuah rumah tembikai dengan baik, kreatif dan imaginatif.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh simbol.
  2. Murid diminta untuk menyatakan ciri-ciri maklumat simbol yang ditunjukkan.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan isi pelajaran.
  5. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensil.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Tolong-menolong dan hormat-menghormati.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lakaran lukisan dengan baik.

Tarikh 6 Julai 2011 (Rabu)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Kajian Rekaan Seni Visual
    • Tugasan : Arca Asemblaj
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Proses menghasilkan sebuah arca asemblaj bertemakan kapal layar dengan baik, kemas dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan artifak.
Prosedur
  1. Murid diminta untuk menyediakan alat bahan untuk penghasilan artifak arca.
  2. Guru menerangkan teknik penghasilan arca.
  3. Amali menghasilkan arca.
  4. Guru memberi komen serta memberi bimbingan kepada murid.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya tugasan murid.
Keperluan Alat: Pisau, pembaris, gergaji.
Bahan: Papan lapis, strawboard.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi.
Penerapan Nilai Berhati-hati dan kerjasama.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan artifak dengan kreatif dan inovatif.

Tarikh 7 Julai 2011 (Khamis)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K3 & 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan Alam Fantasi
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid diharapkan dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan alam fantasi berhal-bendakan sebuah rumah tembikai dengan menggunakan media kering dengan kreatif, baik dan kemas.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis dan mewarna.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil lukisan.
  2. Guru menunjukkan demonstrasi teknik mewarna.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensil.
Bahan: Contoh lukisan.
Media: Krayon dan pensil warna.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lukisan mengikut kehendak soalan dengan mengutamakan unsur bentuk, warna dan jalinan dengan baik.

Tarikh 7 Julai 2011 (Khamis)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K2
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Kajian Rekaan Seni Visual
  • Lukisan proses dan teknik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan lukisan yang menunjukkan proses dan teknik penghasilan artifak dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan lukisan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan proses dan teknik penghasilan artifak.
  2. Murid diminta untuk menghasilkan aktiviti amali melukis berdasarkan contoh yang diberi.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya lukisan murid serta komen secara keseluruhan.
Keperluan Alat: Melukis
Bahan: Folio krsv.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kreativiti dan keyakinan.
Refleksi Majoriti murid berupaya menghasilkan folio mengikut kehendak tugasan dengan baik.

Tarikh 8 Julai 2011 (Jumaat)
Minggu 27
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Reka Corak.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan reka corak bermotifkan flora dan fauna pada cawan dan piring dengan menggunakan teknik catan dengan kemas baik dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan artifak.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil artifak.
  2. Guru membuat demonstrasi mewarna.
  3. Murid diminta untuk menghailkan produk teknik catan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh produk.
Media: Catan.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran. Hasil produk murid adalah baik.

No comments:

Post a Comment