Thursday, July 21, 2011

RPH Minggu Ke - 28

Rancangan Pelajaran Harian ~ 11 - 15 Julai 2011



Tarikh 11 Julai 2011 (Isnin)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K3 & 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Jenis-jenis Pengiklanan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenarai serta menerangkan jenis-jenis pengiklanan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan teori seni visaul.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil pengiklanan dalam bentuk majalah, risalah. dan poster.
  2. Murid diminta untuk menerangkan perbezaan setiap contoh yang ditunjukkan..
  3. Guru menerangkan isi pelajaran.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota isi pelajaran.
  5. Rumusan pelajaran dengan sesi soal jawab isi pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh hasil pengiklanan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Bertanggungjawab dan kerjasama
Refleksi Murid berupaya membanding-bezakan jenis-jenis reka bentuk pengiklanan dari segi gubahan, saiz, fungsi serta pemilihan warnanya dengan baik.

Tarikh 12 - 14 Julai 2011 (Selasa - Khamis)
Minggu 28
Catatan Mesyuarat Penyelarasan Skor Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Kajian Rekaan Seni Visual 2611/3 PSV Peringkat Kebangsaan SPM 2011
  • Tempat : Hotel Goldcourse, Klang, Selangor
  • Tarikh : 12 - 14 Julai 2011
  • Jawatan : Ketua Pentaksir Negeri

Tarikh 15 Julai 2011 (Jumaat)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K2
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran
  • Lukisan proses dan teknik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan lukisan yang menunjukkan proses dan teknik penghasilan produk dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan lukisan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan proses dan teknik penghasilan artifak.
  2. Murid diminta untuk menghasilkan aktiviti amali melukis berdasarkan contoh yang diberi.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya lukisan murid serta komen secara keseluruhan.
Keperluan Alat: Melukis
Bahan: Folio krsv.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kreativiti dan keyakinan.
Refleksi Majoriti murid berupaya menghasilkan lukisan proses mengikut kehendak tugasan dengan baik.

No comments:

Post a Comment